Sinusitis Hevert SL - Tablet

Ubat homeopati untuk radang dalam hidung dan tekak serta sinus

Arahan penting untuk penggunaan. Baca dengan teliti sebelum mengambil ubat ini!

Indikasi terapeutik

Indikasi diperoleh daripada profil ubat homeopati.

Ini termasuk: Radang dalam nasofarinks (hidung dan tekak) serta sinus (sinusitis).

Kontra

Bila waktunya dilarang mengambil Sinusitis Hevert SL
Sinusitis Hevert SL tidak harus diambil dalam kes hipersensitiviti terhadap sebarang ramuan aktif atau eksipien atau Asteraceae (famili aster).

Sebagai prinsip, produk ubat ini tidak harus diambil dalam kes penyakit sistemik progresif seperti tuberkulosis, leukemia atau gangguan seperti leukemia, gangguan tisu penghubung inflamatori (kolagenosis), gangguan autoimun, sklerosis berbilang, AIDS, jangkitan HIV atau penyakit virus kronik lain.


Pesakit dengan penyakit tiroid tidak harus menggunakan produk ini tanpa nasihat perubatan.

Awasan untuk enggunaan

Dapatkan nasihat pakar perubatan jika anda mengalami bengkak muka, demam, sakit kepala yang teruk atau penyakit yang berkekalan, samar-samar atau terjadi baru-baru ini.

Hamil dan

Oleh keran tidak terdapat data yang mencukupi mengenai penggunaan ubati ini semasa hamil atau penyusuan, anda perlu berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum anda mula mengambilnya.

Memandu dan menggunakan mesin

Tiada awasan khusus diperlukan.

Interaksi dengan ubatan lain

Tiada yang diketahui.

Maklumat am: Seperti mana dengan semua ubat-ubatan, bahan perangsang, alkohol dan faktor gaya hidup berbahaya secara amnya boleh memberikan kesan tidak baik kepada ubat ini. Ini terutamanya untuk ubat-ubatan homeopati. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda mengambil apa-apa ubat lain.

Maklumat penting untuk eksipien tertentu

Ubat ini mengandungi laktosa. Sila jangan ambil ubat ini jika anda mengetahui yang anda alah kepada laktosa dan berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu.

Posologi, kaedah dan tempoh pemberian

Melainkan diberikan preskripsi yang sebaliknya, dewasa dan kanak-kanak berumur 3 tahun dan lebih tua dibenarkan mengambil 2 tablet untuk dicairkan di atas atau di bawah lidah 4 kali sehari; dalam kes akut, 2 tablet setiap 1/2 jam. Dalam kes yang terkecuali, tablet boleh ditelan atau dilarutkan dalam cecair lalu diminum. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus mengambil 1 tablet 4 kali sehari; jika perlu, tablet ini boleh dihancurkan dan ditambahkan kepada makanan atau formula yang separa pepejal. Kurangkan pengambilan ubat ini apabila simptom semakin pulih.

Tempoh emberian

Sinusitis Hevert SL tidak harus digunakan lebih daripada 8 minggu tanpa nasihat daripada pakar perubatan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan ubat ini, bincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda.

Kesan sampingan

Peliuran bertambahan dan kes tindak balas kulit yang terpencil mungkin berlaku selepas pengambilan ubat. Dalam kes ini, rawatan dengan produk ubat ini perlu dihentikan.

Tindak balas hipersensitiviti mungkin berlaku dalam kes-kes terpencil. Ruam kulit, gatal-gatal, bengkak muka yang jarang berlaku, kekurangan nafas, pening-pening dan tekanan darah yang menurun telah diperhatikan dengan produk ubat yang mengandungi persediaan coneflower (Echinacea). Jika dalam keadaan ini, hentikan pengambilan ubat dan berbincang dengan pakar perubatan anda.

Perhatian: Apabila mengambil ubat homeopati, sakit semasa anda mungkin semakin teruk sementara (bertambah teruk pada permulaan). Dalam keadaan ini, hentikan pengambilan ubat dan berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda.

Melaporkan kesan sampingan

Jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan, bincang dengan pakar perubatan anda. Ini termasuk apa-apa kemungkinan kesan sampingan yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

Anda boleh juga melaporkan kesan sampingan terus kepada Bundesinstitut für Arzneimittel und Medizinprodukte [Federal Institute for Drug and Medical Devices], Kurt-Georg-Kiesinger Allee 3, 53175 Bonn, Germany,

laman web:
www.bfarm.de .

Dengan melaporkan kesan sampingan anda boleh membantu menyediakan lebih maklumat mengenai keselamatan ubat ini.

Maklumat mengenai hayat simpanan dan penyimpanan

Jangan ambil ubat ini selepas tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bekas dan karton.

Jangan simpan di atas 25°C!
Produk ubat: Simpan di tempat yang luar daripada capaian dan pandangan oleh kanak-kanak!

Kandungan

1 tablet mengandungi:

Bahan-bahan aktif:

  • Apis Trit. D4 10 mg
  • Baptisia (HAB* 34) Trit. D4 (HAB*, Prosedur 3a) 5 mg
  • Cinnabaris Trit. D3 5 mg
  • Echinacea Trit. D2 30 mg
  • Hepar sulfuris Trit. D3 10 mg
  • Kalium bichromicum Trit. D8 30 mg
  • Lachesis Trit. D8 10 mg
  • Luffa Trit. D4 60 mg
  • Mercurius bijodatus Trit. D9 70 mg
  • Silicea Trit. D2 5 mg
  • Spongia Trit. D6 10 mg

Eksipien lain:
Laktosa monohidrat, magnesium stearat, kanji jagung.

* HAB = Farmakopeia Homeopati Jerman

Bentuk farmaseutikal dan saiz bungkusan

40 / 100 / 300 (3x100) pil untuk pemberian oral.

Pemegang kuasa pemasaran

Hevert-Arzneimittel GmbH & Co. KG
In der Weiherwiese 1
55569 Nussbaum / Germany
www.hevert.com

Manufactured in Germany by

Hevert-Arzneimittel GmbH & Co. KG

Date of revision of the text
November 2014
No. kuasa pemasaran 6884252.00.00

Nota penting:
Semua maklumat pada Sinusitis Hevert SL adalah berdasarkan kepada pendaftaran produk ubat di Jerman.

International mail order

Here you will find German pharmacies which also sell and deliver abroad.

International mail order



Este sitio web utiliza cookies. Al usar este sitio web, usted acepta el uso de cookies de acuerdo con nuestra política. Más información Entendido