Vitamin B Komplex forte Hevert

Arahan penting untuk penggunaan. Baca dengan teliti sebelum mengambil ubat ini!

Indikasi terapeutik

Bagi rawatan kekurangan vitamin B1, B6 dan B12 yang telah disahkan.

Kontra

Bila waktunya tidak boleh mengambil Vitamin B Komplex forte Hevert
Jangan mengambil Vitamin B Komplex forte Hevert jika kes hipersensitif terhadap: tiamina mononitrat (vitamin B1), piridoksina hidroklorida (vitamin B6), sianokobalamin (vitamin B12) atau mana-mana ramuan lain Vitamin B Komplex forte Hevert.

Awasan untuk enggunaan

Apabila diambil berpanjangan, dos vitamin B6 serendah 50 mg/hari juga mungkin menyebabkan kerosakan saraf yang berkekalan.

Kekurangan vitamin B1, B6 dan B12 perlu disahkan dengan ujian makmal yang sewajarnya. Pengambilan vitamin B12 secara oral adalah tidak sesuai bagi rawatan awal anemia pernisius; semasa memulakan rawatan, persediaan parenteral akan memastikan rawatan yang boleh dipercayai.

Hamil dan

Sekiranya anda hamil atau sedang menyusukan anak, ubat ini harus dicadangkan hanya dalam kes kekurangan vitamin B1 dan B6 kerana jumlah ramuan aktif yang terkandung dalamnya. Oleh itu anda harus hanya mengambil Vitamin B Komplex forte Hevert jika pakar perubatan anda berpendapat bahawa ini adalah diperlukan.

Dalam kes hamil atau penyusuan anak, dos harian vitamin B1 yang dicadangkan ialah 1.4 mg hingga 1.6 mg, dan bagi vitamin B6 2.4 mg hingga 2.6 mg. Keselamatan bagi dos yang lebih tinggi daripada dos harian yang dicadangkan masih belum dikemukakan setakat ini.

Vitamin B1, B6 dan B12 akan dikumuhkan dalam susu ibu. Dos vitamin B6 yang tinggi mungkin menghalang pengeluaran susu.

Memandu dan menggunakan mesin

Tiada awasan khusus diperlukan.

Interaksi dengan ubatan lain

Vitamin B1 (tiamina mononitrat) dijadikan tidak aktif oleh 5-fluorourasil, kerana 5-fluorourasil menghalang pemfosforilan tiamin kepada tiamina pirofosfat secara kompetitif.

Pengumuhan renal yang bertambah dalam rawatan jangka panjang dengan furosemida mungkin menyebabkan kekurangan tiamina.

Vitamin B6 (piridoksina) mungkin mengurangkan kesan L-dopa. Isoniazid, D-penisilamina, dan sikloserina mungkin mengurangkan kesan vitamin B6 (piridoksina hidroklorida).

Maklumat penting untuk eksipien tertentu

Ubat ini mengandungi laktosa. Sila jangan ambil Vitamin B Komplex forte Hevert jika anda mengetahui yang anda alah kepada laktosa dan berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu.

Posologi, kaedah dan tempoh pemberian

Bagi pemberian ubat jangka pendek (sehingga empat minggu), ambil 1-2 tablet setiap hari dengan menelannya semasa makan. Bagi penyakit kronik (lebih lama daripada empat minggu), ambil 1 tablet setiap hari.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan ubat ini, bincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda.

Kesan sampingan

Dalam kes terpinggir, ramuan vitamin B1 (Tiamina mononitrat) dan vitamin B12 (sianokobalamin) mungkin menyebabkan berpeluh, denyutan jantung yang cepat dan tindak balas kulit dengan gatal-gatal.

Dalam pemberian vitamin B6 (piridoksina hidroklorida) jangka panjang yang berdos lebih tinggi daripada 50 mg/hari, dan juga pemberian dos gram jangka pendek, neuropati deria periferal telah dilaporkan. Fotosensitiviti telah dikesan pada dos harian yang amat tinggi. Penyakit gastrousus telah dilaporkan pada dos yang tinggi.

Melaporkan kesan sampingan

Jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan, bincang dengan pakar perubatan anda. Ini termasuk apa-apa kemungkinan kesan sampingan yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

Anda boleh juga melaporkan kesan sampingan terus kepada Bundesinstitut für Arzneimittel und Medizinprodukte [Federal Institute for Drug and Medical Devices], Kurt-Georg-Kiesinger Allee 3, 53175 Bonn, Germany,

laman web:
www.bfarm.de .

Dengan melaporkan kesan sampingan anda boleh membantu menyediakan lebih maklumat mengenai keselamatan ubat ini.

Maklumat mengenai hayat simpanan dan penyimpanan

Jangan ambil ubat ini selepas tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bekas dan karton.

Jangan simpan di atas 25°C!

Produk ubat: Simpan di tempat yang luar daripada capaian dan pandangan oleh kanak-kanak!

Kandungan

1 tablet mengandungi:

Bahan-bahan aktif:

  • Vitamin B1 (tiamina mononitrat) 100 mg
  • Vitamin B6 (piridoksina hidroklorida) 50 mg
  • Vitamin B12 (sianokobalamin) 500 µg

Eksipien lain:
Selulosa mikrokristal, asid sitrik, kroskarmellosa, laktosa monohidrat, magnesium stearat (Ph.Eur.) [sayuran], maltodekstrin, povidon K 25, trinatrium sitrat.

Bentuk farmaseutikal dan saiz bungkusan

20 (sampel) / 20 / 50 / 100 / 200 (2x100) tablet untuk pemberian ubat oral.

Pemegang kuasa pemasaran

Hevert-Arzneimittel GmbH & Co. KG
In der Weiherwiese 1
D-55569 Nussbaum / Germany
www.hevert.com

Dikeluarkan di Jerman oleh

Hevert-Arzneimittel GmbH & Co. KG

Tarikh semakan teks
Oktober 2015
No. kuasa pemasaran 6288053.00.00

Nota penting:
Semua maklumat pada Vitamin B Komplex forte Hevert adalah berdasarkan kepada pendaftaran produk ubat di Jerman.

International mail order

Here you will find German pharmacies which also sell and deliver abroad.

International mail order



This website uses cookies. By using this website, you consent to the use of cookies in accordance with our policy. More information OK